Sunday, April 18, 2010

Al- Fatihah buat Adikku Asraf...........


Tanggal 3 February 2010 jam 07:55 malam, adik aku Mohd Asraf Bin Bada Rokman telah kembali ke Rahmatullah disebabkan komplikasi paru-paru di Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL). Ketika arwah meninggal, aku tidak dapat pulang untuk melihat arwah buat kali terakhir kerana berada di atas kapal S.S. Aman Sendai yang baru keluar dari Sendai, Japan.

Sebelum meninggal, arwah telah terlibat dalam satu kemalangan dimana motosikal yang ditungganginya dirempuh kereta cina warga Singapura berhampiran dengan simpang lebuhraya KL-Seremban pada 07 September 2009. Ketika kemalangan, aku yang tengah cuti time tu terus ke tempat kejadian setelah dapat panggilan dari orang awam. Arwah mengalami pendarahan dalam otak dan pembedahan dibuat untuk menghentikan pendarahan dan pengeluarkan darah beku dari otaknya. Asraf koma selama 2 minggu dan sedar semula 2 hari sebelum syawal. Walaupun dia dah sedar, selama hampir 5 bulan Arwah menahan sakit dan terlantar di Hospital kerana kecederaan di kepalanya masih belum sembuh sepenuhnya. Antara sebab lain, pelbagai kerenah dari saudara-mara aku dan kecuaian segelintir pihak hospital membuatkan aku semua rasa kecewa sangat. Selepas 5 bulan dalam pengawasan pihak hospital, Asraf dibenarkan balik ke rumah untuk dijaga oleh keluarga. Sehari sebelum menghantar asraf balik ke rumah, tiba-tiba arwah terkena demam. Keesokan harinya, iaitu hari nak hantar Asraf balik ke rumah, arwah dilaporkan kritikal akibat jangkitan kuman dalam paru-parunya dan terpaksa menggunakan alat bantuan. Doktor membatalkan keputusan menghantar arwah balik dan pada petang hari yang sama, Asraf sudah mula menangis dan berasa susah nak bernafas. Kemudian, nadinya makin lemah dan mak dan adik perempuan aku start suruh Asraf mengucap. Pihak Hospital masa tu dah cuba yang terbaik untuk selamatkan Asraf, tapi dah kuasa tuhan ajal arwah dah sampai, asraf pergi tinggalkan kami semua... Siapa sangka, seorang budak yang tegap berjalan, happy go lucky macam adik aku tu boleh pergi macam tu jer.

Mungkin ada hikmah disebalik semua nie.. mungkin tuhan tak nak biarkan arwah menderita cacat suatu hari nanti, atau Asraf tak nak menyusahkan mak Ayah dia menjaganya kalau terlantar kat rumah pulak.... Wallahu a'lam...

Apa2 pun, aku rasa terkilan sangat sebab tak dapat tengok Asraf buat kali terakhir.. Mungkin kita berjumpa di 'alam' yang lain kelak.. Semoga Roh-nya dicucuri rahmat.. Selamat Tinggal adikku.. Mohd Asraf~

3 comments:

  1. Syafiq... W/pun entry nie dah lama u post kat sini, tp i baru t'prasan ari nie... i saw ur status at FB on the day arwah meninggal ari tu n i did comment it. Tp bila baca entry u yg nie, skali lg rasa hiba coz stelah b'bulan2 peristiwa tu b'laku, baru laa i nmpak pic arwah adik u kat sini n tau citer yg lengkap.. n so i recite lg skali al-fatihah buat arwah.. smoga rohnya sentiasa brada dlm golongan org yg diredhai Allah s.w.t.. N u tke cre urself k.. =) (toy gurl)

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Yup..me too,agreed with lydia rusli..br pasan this post..

    rase tersentuh sgt2.. :( and maybe ada betul nya ape yg u ckp tu.. maybe die pergi kerana xmahu menyusahkan kedua ibu bapa die..

    papepn, kita sedekahkan la byk2 al fatihah utk arwah.. semoga rohnya dicucuri rahmat..amin ya rabbal alamin..

    al fatihah~

    ReplyDelete