Saturday, August 15, 2009

Kereta Idaman Golongan Muda Masa Kini




Mini Cooper Supercharge (Recondition)

Siapa yang tak kenal dengan Mini Cooper. Kalau saya sendiri nampak kereta ini pun mesti nak tengok siapa yang bawa kereta ini. Majoriti perempuan cakap ini adalah kereta idaman mereka, memang suka sebab bentuknya yang cute dan sporty walaupun tak modified langsung. Jarang nak nampak kereta ini kat jalanraya kan? sebelum ini saya ada try tengok kereta ini, memang sempoi lah! Sound system yang best, bunyi enjin pun teruja, dan rasa macam bangga bila dapat try. Itu baru dapat try, belum beli lagi. hehehe... Ini komen saya mengenai Kereta Mini Cooper (Recond) :
  • Harga : RM 140000 dan keatas - Tersangatlah mahal kalau dilihat saiznya!
  • Exterior : 5 stars - Cute dan sporty, walaupun kereta ini dah 6 tahun lebih dikeluarkan dalam rekabentuk yang sama sahaja. Sesuai untuk golongan muda yang mahu merasa menaiki kereta sport car sebenar, sebab di eropah hanya kereta berpintu dua sahaja yang dipanggil sport car. kalau empat pintu dah kira family car dah.
  • Interior : 4 stars - Memang bergaya sport sebab speedo besar ditengah-tengah dashboard, Sound sistem yang best, serta sunroof memberikan suasana santai dan rasa cool pada pemandunya.
  • Safety : 4 Airbags. ABS dan lain-lain.
  • RoadTax : RM 90 setahun (Anggaran)
  • Minyak : Lebih jimat walaupun laju.
  • Kelebihan : Keseluruhan nampak Sporty, Minyak dan Roadtax lebih jimat, senang untuk cari sparepart (Auto Bavaria) dan BMW service centre, tak perlu modified lebih-lebih kerana orang akan tetap pandang Mini Cooper (Jenama Popular).
  • Kekurangan : Lebih sesuai untuk dinaiki dua orang sahaja, harga yang agak mahal berbanding saiznya.
Kalau saya, kena simpan duit banyak-banyak untuk bayar muka tinggi, baru boleh maintain kereta ini. Harga pun lambat jatuh kalau nak jual balik kat kedai.




Mazda 3 Sport Edition

Kereta keluaran Mazda ini memang nampak mewah dan sport. Lagipun kalau sesiapa yang pakai kereta ini memang saya pandang juga sebab jarang nampak orang drive. tak kisahlah orang tua atau muda. Lagipun kereta baru keluar, tak ramai lah yang tahu sebab Mazda 3tak popular sangat kat Malaysia. Kereta Mazda 3 ini pun antara kereta yang saya minati. Apa-apa pun, ini komen saya bagi kereta Mazda Sport Edition ini :-
  • Harga : RM 129000.00 (without insurans) - Berbaloi sebab sporty dan banyak kelebihan dari mitsubhisi Lancer. Boleh pilih antara enjin 1.6 atau 2.0.
  • Exterior : 4 stars - shape yang nampak moden. Cuma susah sikit nak modified.
  • Interior : 5 stars - Canggih, selesa dan banyak kelebihan pada steering yang ada banyak button untuk kemudahan pemandu. Siap ada Shift Tronic lagi.
  • Safety : 6 Airbag. Yang lain rasanya sama kot, sebab saya tak survey banyak sangat.
  • RoadTax : RM 379.00 Setahun (Untuk enjin 2.0 sahaja) tapi enjin 1.6 lagi murah.
  • Minyak : Lebih kurang Lancer juga. tapi kalau nak jimat boleh pilih enjin 1.6 saja.
  • Kelebihan : Interior Terbaik, Exterior juga sporty, boleh pilih enjin 1.6 atau 2.0.
  • Kekurangan : Susah nak modified, jenama kurang popular, sparepart susah nak cari.



Mitsubishi Lancer 2.0 GT

Kereta keluaran Mitsubishi ini memang power. Lagipun kalau sesiapa golongan muda yang pakai kereta ini memang saya kagum lah! Sebenarnya kereta ini saya suka sejak dia baru keluar lagi, tapi hajat nak beli tak kesampaian lagi sebab ada perkara yang lebih penting untuk saya lakukan setelah pulang dari belayar. Apa-apa pun, ini komen saya bagi kereta Mitsubishi Lancer ini :-
  • Harga : RM 123980.00 (OTR) - Bagi saya memang berbaloi sebab exterior sporty habis dan enjin lasak 1997cc beb!
  • Exterior : 5 stars - Bentuk lebar, Sporty, tinggi dan senang nak modified in future. Terbaik!
  • Interior : 3 Stars - Kurang memuaskan, sebab dashboard simple sangat macam beli kereta proton Saga pulak. Yang best pun cuma Shift Tronic saja la. tapi sekarang majoriti kereta Honda dan Toyota pun dah ada Shift Tronic.
  • Safety : 3 stars - 2 Airbag saja. Lain semua majoriti kereta dah ada.
  • RoadTax : RM 379.00 Setahun - bagi saya dah mahal dah tu.
  • Minyak : Memang kuat minyak. Anggaran RM 400.00 sebulan.
  • Kelebihan : Exterior Terbaik dan sporty, Mudah dapat sparepart, jenama yang popular, senang nak modified, Enjin yang lasak.
  • Kekurangan : Interior simple sangat, Minyak kuat tambah lagi roadtax.
Bagi saya, memang boleh lah kalau sesiapa orang kapal yang ada duit lebih minimum RM 7000.00 untuk standby in case of emergency Roadtax dah nak mati, kalau berminat nak beli kereta ini.

Jadi, kereta mana menjadi idaman dan pilihan anda? Vote disebelah tepi blog ini. kalau kamu nak beli BMW atau Mercedes, saya rasa baik tunggu jadi orang tua dululah. Nak pakai juga pun tak apa, tapi orang akan anggap kita pakai kereta mak bapak pulak... nasib la~

Sekian, Terima Kasih.


9 comments:

  1. kne tggu dlu... sbb nk save duit byk skit utk downpayment.. hehehe2~

    ReplyDelete
  2. mazda org bgtau nk maintenance dia tggi..plus spare part susah..btter ambik kete yg bkuase dan maintenance dia murah cam honda..

    ReplyDelete
  3. Stok kereta UK & JPN spec..

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Lancer 2.0 gearbox cvt,pemanduan yg selesa dan tak dengar bunyi enjin..minyak 1liter town driving boleh pergi 13-14km..jimat bagi saya..ruang dalaman yg luas..leather seat paling selesa..nappa leather

    ReplyDelete
  6. Are you tired of seeking loans and Mortgages,have you been turned down constantly By your banks and other financial institutions,We offer any form of loan to individuals and corporate bodies at low interest rate.If you are interested in taking a loan,feel free to contact us today,we promise to offer you the best services ever.Just give us a try,because a trial will convince you.What are your Financial needs?Do you need a business loan?Do you need a personal loan?Do you want to buy a car?Do you want to refinance?Do you need a mortgage loan?Do you need a huge capital to start off your business proposal or expansion? Have you lost hope and you think there is no way out, and your financial burdens still persists? Contact us (gaincreditloan1@gmail.com)

    Your Name:...............
    Your Country:...............
    Your Occupation:...............
    Loan Amount Needed:...............
    Loan Duration...............
    Monthly Income:...............
    Your Telephone Number:.....................
    Business Plan/Use Of Your Loan:...............
    Contact Us At : gaincreditloan1@gmail.com

    ReplyDelete