Wednesday, August 12, 2009

Perkauman Di Malaysia Semakin Serius

Akhir-akhir ini, soal perkauman semakin galak diperbincangkan di mana-mana. Saya sendiri terbaca mengenai artikel-artikel provokasi (dengan niat atau tidak) dari beberapa pihak yang bercakap bagi pihak kaum Cina (baca: DAP). Dari komen-komen tersebut, saya membuat konklusi bahawa mereka yang terdorong untuk bercakap bagi pihak kaum Cina ini terdiri dari dua kumpulan masyarakat:

1. Kaum Cina sendiri,
2. Kaum Melayu dari golongan pertengahan-atas seperti doktor, pensyarah, professor atau peguam.

Saya tidak mempertikaikan tindakan kumpulan pertama untuk membela bangsa mereka walaupun dalam usaha mereka itu, mereka mengenepikan terus tolak ansur, tanggungjawab dan sensitiviti orang lain. Pendek kata, mereka berhak membela bangsa mereka dengan apa cara sekalipun walaupun salah dari segi moral, etika dan kemanusiaan. Walaupun kita tidak suka, dan nilai-nilai kemanusiaan tidak dapat menerimanya, hanya undang-undang yang boleh menghalang mereka dari melampaui batas dalam kesungguhan mereka membela bangsa mereka.

Antara contoh terbaru yang sangat menyakitkan hati saya sebagai umat Islam adalah keceluparan Look Siew Fook, Ahli Parlimen Rasah yang memaki Ustaz Ridhuan Tee Abdullah kerana mempertikaikan isu 'anak luar nikah' Teoh Beng Hock. Berikut adalah contoh sebahagian dari kenyataannya:-
Who is this bastard of a Mohd. Ridhuan"
(siapa anak haram Mohd. Ridhuan ini);

"What sort of fucking Dr. r u"
(Dr pu... apa awak ni);

"Has everything be reduced to your fucking religion (iaitu Islam)"
(Apakah semua mesti menurut agama (iaitu Islam) pu... awak itu);

"R your parents still alive mohd ? If they r not, their bones must be rattling in their graves,if they r they must be hiding in shame to know that a son they brought into the world is now considered a bastard by every non muslim n also by real muslims"
(Apakah ibubapa kamu masih hidup Muhammad? Kalau sudah mati, sudah tentu tulang mereka berantakan didalam kubor, kalau masih hidup, tentu mereka bersembunyi dengan penuh malu yang anak lelaki yang mereka lahirkan dianggap anak haram oleh setiap bukan Islam dan Muslim);
Begitu mudahnya orang lain menghina Umat dan agama Islam itu sendiri. Saya juga terkejut apabila membaca mengenai kenyataan Tuan Guru Nik Aziz yang kita sedia maklum amat lantang mengutuk
UMNO sebagai komunis, ayah pin dan tak Islamic. Berikut adalah kenyataan beliau mengenai penghinaan Look Siew Fook terhadap Ustaz Ridhuan Lee dan agama Islam:-

"DAP boleh hina Islam kerana mereka kurang faham tentang Islam, yang lebih buruk, ada pemimpin Islam yang tolak Islam”. Kata Nik Aziz. MasyaAllah....

Kesimpulannya, itulah sikap Ulama PAS yang memperjuangkan Islam tetapi membiarkan bangsa lain menghina Islam itu sendiri. Sama-samalah kita renungkan bersama~

2 comments:

  1. aku x ambil tau pon semua ni..buat pening kepala jer...diaorg ni semua merapu...jangan layan ah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. imam
      Betui to Tok imam, keyataan yang dibuat ni buka apa yang ditulis oleh DAP Look Siew Fook pun. Buat apa kita nak layan benda-benda fitnah macam ni.Yang aku tahu DAP tak rasis pun macam dia orang ni. Ha ha ha.

      Delete