Sunday, June 5, 2011

You bring my life more happening & cheerful again...

Bak kata pepatah "yang patah tumbuh hilang berganti". Itulah antara pepatah yang sering dikaitkan dalam kehidupan kita sama ada dalam kisah cinta atau kedatangan orang istimewa dalam keluarga. Bagi sesetangah orang, tempoh 4 bulan untuk kita menerima orang baru dalam hidup kita setengah kehilangan orang yang tersayang sangat2 lah singkat. Mungkin sesetengah orang berpendapat, "adik kau baru meninggal 4 bulan lepas, kau jangan fikir untuk terima orang lain dalam hidup kau sebab kita masih berduka cita " (seolah2 aku melupakan arwah adik aku plak). Sebenarnya, tak sama sekali. Sebagai Abang, aku cuma mampu berdoa dan bersedekah untuk arwah adik aku. Life must go on dan sampai bila aku kena sedih? 1 tahun? 5 tahun? selama-lamanya?

Tapi Allah maha mengetahui, dia pertemukan aku dengan Faten Nadia Binti Ismail. Orang baru dalam hidup aku. Walaupun kehidupan aku dan Faten berbeza bagai langit dengan bumi, tapi Alhamdulillah, dia terima aku seadanya... mungkin tak boleh nak samakan dengan kehilangan adik kandung dan kedatangan orang baru yang sememangnya aku tak kenal, tapi sedikit sebanyak Faten Nadia nie lah  yang telah banyak membawa perubahan dalam keluarga aku. Dari adik perempuan aku xtau apa, sekarang dah pandai bercakap, pandai bergaya dan ada keberanian untuk buat sesuatu kerja. samalah macam mak dan ayah aku, happy jer bila jumpa Faten nieh. Pada mulanya xsetuju sangat sebab keluarga aku fikir, aku masih muda dan perlu stay enjoy masa muda nieh. Tapi nasib baik Faten Nadia nie pandai jaga hati kedua mak dan ayah aku. 

So, setelah 2 setengah tahun mengenal antara satu sama lain dan menunggu dengan penuh kesabaran ketika aku dilautan, Akhirnya aku pun bertunang dengan si dia.. Dari kecik sampai la dewasa nie, apa yang aku berangan sangat nak ada pada girlfriend aku ialah, SETIA, STYLE, SEXY (dari pandangan aku sendiri), SLIM dan SAYANG AKU la ofcoz... hahaha.. 5 x S tau ;) Apa2 pun, si dia lah pengganti dan peneman aku kalau keseorangan... dialah kawan, dialah tunang tersayang dan tempat nak meluahkan perasaan dan pandangan. Semoga aku dan Faten sentiasa dipanjangkan jodoh dan kekal hingga ke alam perkahwinan dan seterusnya ke jannah. tak kisahlah apa orang nak cakap, nak bising atau dengki. Aku dah banyak la pengalaman even baru 2 kali couple. dah macam2 orang n perempuan aku jumpe.. bapok, pengkid, perempuan "plastik", gadis hip-hop, perempuan meroyan, dan macam2 lah. aku bukanlah memilih sangat tapi setelah double check perangai mereka n latar belakang serta komen dari org2 tua, aku terpaksa reject sama skali. ofcoz aku kena memilih gak coz nak buat bini sehidup semati.. just nasihat aku untuk korang semua, please please and please minta restu dari kedua-dua family... itu tersangat2 lah penting!! dah banyak sangat breakup berpunca dari masalah tue.. so, adik2 and kawan2, ingat pesan aku tue okeh.. kalau dah takde jodoh atau family tak suka tue, mesti ada sebabnya.. Bagi aku, mungkin Allah tahu untuk tentukan siapa yang terbaik atau yang diperlukan oleh kita supaya kita dapat terus menjalankan kehidupan yang akan datang dengan sempurna. InsyaAllah semoga segala urusan aku dan kalian dipermudahkan... Amin ~


                                           My Dearest Faten Nadia ;) I love you sayang~!!


Sunday, April 18, 2010

Al- Fatihah buat Adikku Asraf...........


Tanggal 3 February 2010 jam 07:55 malam, adik aku Mohd Asraf Bin Bada Rokman telah kembali ke Rahmatullah disebabkan komplikasi paru-paru di Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL). Ketika arwah meninggal, aku tidak dapat pulang untuk melihat arwah buat kali terakhir kerana berada di atas kapal S.S. Aman Sendai yang baru keluar dari Sendai, Japan.

Sebelum meninggal, arwah telah terlibat dalam satu kemalangan dimana motosikal yang ditungganginya dirempuh kereta cina warga Singapura berhampiran dengan simpang lebuhraya KL-Seremban pada 07 September 2009. Ketika kemalangan, aku yang tengah cuti time tu terus ke tempat kejadian setelah dapat panggilan dari orang awam. Arwah mengalami pendarahan dalam otak dan pembedahan dibuat untuk menghentikan pendarahan dan pengeluarkan darah beku dari otaknya. Asraf koma selama 2 minggu dan sedar semula 2 hari sebelum syawal. Walaupun dia dah sedar, selama hampir 5 bulan Arwah menahan sakit dan terlantar di Hospital kerana kecederaan di kepalanya masih belum sembuh sepenuhnya. Antara sebab lain, pelbagai kerenah dari saudara-mara aku dan kecuaian segelintir pihak hospital membuatkan aku semua rasa kecewa sangat. Selepas 5 bulan dalam pengawasan pihak hospital, Asraf dibenarkan balik ke rumah untuk dijaga oleh keluarga. Sehari sebelum menghantar asraf balik ke rumah, tiba-tiba arwah terkena demam. Keesokan harinya, iaitu hari nak hantar Asraf balik ke rumah, arwah dilaporkan kritikal akibat jangkitan kuman dalam paru-parunya dan terpaksa menggunakan alat bantuan. Doktor membatalkan keputusan menghantar arwah balik dan pada petang hari yang sama, Asraf sudah mula menangis dan berasa susah nak bernafas. Kemudian, nadinya makin lemah dan mak dan adik perempuan aku start suruh Asraf mengucap. Pihak Hospital masa tu dah cuba yang terbaik untuk selamatkan Asraf, tapi dah kuasa tuhan ajal arwah dah sampai, asraf pergi tinggalkan kami semua... Siapa sangka, seorang budak yang tegap berjalan, happy go lucky macam adik aku tu boleh pergi macam tu jer.

Mungkin ada hikmah disebalik semua nie.. mungkin tuhan tak nak biarkan arwah menderita cacat suatu hari nanti, atau Asraf tak nak menyusahkan mak Ayah dia menjaganya kalau terlantar kat rumah pulak.... Wallahu a'lam...

Apa2 pun, aku rasa terkilan sangat sebab tak dapat tengok Asraf buat kali terakhir.. Mungkin kita berjumpa di 'alam' yang lain kelak.. Semoga Roh-nya dicucuri rahmat.. Selamat Tinggal adikku.. Mohd Asraf~

Friday, October 30, 2009

New Peugeot 308 Turbo (Same like Mini Cooper)






Engine Features
  • turbo high pressure, 4 inline cylinders, DOHC 16 vavle, VVT, electronic multi-point feul injection system
  • 140hp@6000rpm , 240Nm@1600rpm
  • 4 speed auto adaptive gearbox with
  • ‘System Tiptronic Porche’
Key Features
  • remote manual headlamps adjustment
  • front & rear fog lights
  • athermic panoramic glass roof
  • 17” alloy rims
  • auto headlights & wipers
  • rear parking sensors
  • headlamps delay security illumination
  • auto a/c dual zone, a/c glove box & rear passenger a/c
  • RD4 radio/mp3 cd,6 speakers with aux for external audio sources
  • cruise control with speed limiter
  • auto dimming rear view mirror
  • trip computer,multi information display,instrument panel LCD
  • height & reach adjustable steering
  • one touch electric front windows with anti-pinch
Safety Feature
  • 6 airbags
  • 2 ISOFIX points
  • electronic stability program (ESP)
  • anti-lock braking system (ABS)
  • electronic brake distribution (EBD)
  • emergency brake assist (EBA)
  • anti-skid regulation (ASR)
  • dynamic stability control (DSC)
  • factory fitted immobilizer
  • 5 star EURO NCAP (occupant protection)

RM 113,888.00 - OTR


Aku tengok tak ada lagi orang kapal yang beli kereta ini. So, jadilah officer MISC yang pertama beli kereta macam ini. Siap ada sunroof beb. Bosan asyik tengok Lancer jer...~
BULANAN : RM1000 SAHAJA (BERBALOI-BALOI!!)

Thursday, August 20, 2009

Budaya Demonstrasi Jalanan

ISLAM mengajar penganutnya untuk sentiasa melaksanakan sesuatu perkara dengan penuh hikmah tanpa menjurus kepada suasana yang boleh merosakkan ketenteraman awam dan membuka ruang untuk menimbulkan kejadian tidak diingini.
Slogan bagi pendakwah Islam dalam melaksanakan tugas mereka adalah seperti firman Allah bermaksud: “Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui siapa yang tersesat daripada jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang yang mendapat petunjuk.(Surah An-Nahl, ayat 125)
Nabi SAW melaksanakan segala urusan dakwahnya dengan penuh hikmah serta memerintahkan sahabat untuk berdakwah menggunakan kebijaksanaan sesuai dengan perintah Allah supaya hambanya berpesan ke arah kebenaran dengan kesabaran.
Berkaitan dengan demonstrasi, Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz berkata: “Demonstrasi yang dilakukan bukanlah jalan keluar. Bahkan saya beranggapan bahawa hal itu termasuk daripada sebab musibah, kejelekan, kebencian manusia dan terjadinya permusuhan di antara manusia yang tidak sesuai dengan kebenaran. Adapun cara yang disyariatkan yakni: menulis surat, memberikan nasihat serta berdakwah kepada kebaikan dengan jalan ditetapkan syariat yang tentunya dijelaskan caranya oleh ahli ilmu, sahabat Rasulullah dan orang yang mengikuti Baginda dalam kebaikan yakni dengan menulis surat dan berhadapan langsung dengan pemimpin untuk memberikan nasihat tanpa menyebarkan perbuatan mereka lakukan di atas mimbar sehingga menimbulkan sesuatu tidak diinginkan, hanyalah Allah yang menjadi penolong.”

Rasulullah SAW dan sahabat juga melalui pelbagai ujian dan fitnah yang begitu hebat, namun tidak ada seorang pun daripada mereka menggunakan cara demonstrasi untuk meluahkan ketidakpuasan hati. Ia menunjukkan budaya demonstrasi bukan sebahagian tuntutan syarak.

Saturday, August 15, 2009

Kereta Idaman Golongan Muda Masa Kini




Mini Cooper Supercharge (Recondition)

Siapa yang tak kenal dengan Mini Cooper. Kalau saya sendiri nampak kereta ini pun mesti nak tengok siapa yang bawa kereta ini. Majoriti perempuan cakap ini adalah kereta idaman mereka, memang suka sebab bentuknya yang cute dan sporty walaupun tak modified langsung. Jarang nak nampak kereta ini kat jalanraya kan? sebelum ini saya ada try tengok kereta ini, memang sempoi lah! Sound system yang best, bunyi enjin pun teruja, dan rasa macam bangga bila dapat try. Itu baru dapat try, belum beli lagi. hehehe... Ini komen saya mengenai Kereta Mini Cooper (Recond) :
  • Harga : RM 140000 dan keatas - Tersangatlah mahal kalau dilihat saiznya!
  • Exterior : 5 stars - Cute dan sporty, walaupun kereta ini dah 6 tahun lebih dikeluarkan dalam rekabentuk yang sama sahaja. Sesuai untuk golongan muda yang mahu merasa menaiki kereta sport car sebenar, sebab di eropah hanya kereta berpintu dua sahaja yang dipanggil sport car. kalau empat pintu dah kira family car dah.
  • Interior : 4 stars - Memang bergaya sport sebab speedo besar ditengah-tengah dashboard, Sound sistem yang best, serta sunroof memberikan suasana santai dan rasa cool pada pemandunya.
  • Safety : 4 Airbags. ABS dan lain-lain.
  • RoadTax : RM 90 setahun (Anggaran)
  • Minyak : Lebih jimat walaupun laju.
  • Kelebihan : Keseluruhan nampak Sporty, Minyak dan Roadtax lebih jimat, senang untuk cari sparepart (Auto Bavaria) dan BMW service centre, tak perlu modified lebih-lebih kerana orang akan tetap pandang Mini Cooper (Jenama Popular).
  • Kekurangan : Lebih sesuai untuk dinaiki dua orang sahaja, harga yang agak mahal berbanding saiznya.
Kalau saya, kena simpan duit banyak-banyak untuk bayar muka tinggi, baru boleh maintain kereta ini. Harga pun lambat jatuh kalau nak jual balik kat kedai.




Mazda 3 Sport Edition

Kereta keluaran Mazda ini memang nampak mewah dan sport. Lagipun kalau sesiapa yang pakai kereta ini memang saya pandang juga sebab jarang nampak orang drive. tak kisahlah orang tua atau muda. Lagipun kereta baru keluar, tak ramai lah yang tahu sebab Mazda 3tak popular sangat kat Malaysia. Kereta Mazda 3 ini pun antara kereta yang saya minati. Apa-apa pun, ini komen saya bagi kereta Mazda Sport Edition ini :-
  • Harga : RM 129000.00 (without insurans) - Berbaloi sebab sporty dan banyak kelebihan dari mitsubhisi Lancer. Boleh pilih antara enjin 1.6 atau 2.0.
  • Exterior : 4 stars - shape yang nampak moden. Cuma susah sikit nak modified.
  • Interior : 5 stars - Canggih, selesa dan banyak kelebihan pada steering yang ada banyak button untuk kemudahan pemandu. Siap ada Shift Tronic lagi.
  • Safety : 6 Airbag. Yang lain rasanya sama kot, sebab saya tak survey banyak sangat.
  • RoadTax : RM 379.00 Setahun (Untuk enjin 2.0 sahaja) tapi enjin 1.6 lagi murah.
  • Minyak : Lebih kurang Lancer juga. tapi kalau nak jimat boleh pilih enjin 1.6 saja.
  • Kelebihan : Interior Terbaik, Exterior juga sporty, boleh pilih enjin 1.6 atau 2.0.
  • Kekurangan : Susah nak modified, jenama kurang popular, sparepart susah nak cari.



Mitsubishi Lancer 2.0 GT

Kereta keluaran Mitsubishi ini memang power. Lagipun kalau sesiapa golongan muda yang pakai kereta ini memang saya kagum lah! Sebenarnya kereta ini saya suka sejak dia baru keluar lagi, tapi hajat nak beli tak kesampaian lagi sebab ada perkara yang lebih penting untuk saya lakukan setelah pulang dari belayar. Apa-apa pun, ini komen saya bagi kereta Mitsubishi Lancer ini :-
  • Harga : RM 123980.00 (OTR) - Bagi saya memang berbaloi sebab exterior sporty habis dan enjin lasak 1997cc beb!
  • Exterior : 5 stars - Bentuk lebar, Sporty, tinggi dan senang nak modified in future. Terbaik!
  • Interior : 3 Stars - Kurang memuaskan, sebab dashboard simple sangat macam beli kereta proton Saga pulak. Yang best pun cuma Shift Tronic saja la. tapi sekarang majoriti kereta Honda dan Toyota pun dah ada Shift Tronic.
  • Safety : 3 stars - 2 Airbag saja. Lain semua majoriti kereta dah ada.
  • RoadTax : RM 379.00 Setahun - bagi saya dah mahal dah tu.
  • Minyak : Memang kuat minyak. Anggaran RM 400.00 sebulan.
  • Kelebihan : Exterior Terbaik dan sporty, Mudah dapat sparepart, jenama yang popular, senang nak modified, Enjin yang lasak.
  • Kekurangan : Interior simple sangat, Minyak kuat tambah lagi roadtax.
Bagi saya, memang boleh lah kalau sesiapa orang kapal yang ada duit lebih minimum RM 7000.00 untuk standby in case of emergency Roadtax dah nak mati, kalau berminat nak beli kereta ini.

Jadi, kereta mana menjadi idaman dan pilihan anda? Vote disebelah tepi blog ini. kalau kamu nak beli BMW atau Mercedes, saya rasa baik tunggu jadi orang tua dululah. Nak pakai juga pun tak apa, tapi orang akan anggap kita pakai kereta mak bapak pulak... nasib la~

Sekian, Terima Kasih.


Wednesday, August 12, 2009

Perkauman Di Malaysia Semakin Serius

Akhir-akhir ini, soal perkauman semakin galak diperbincangkan di mana-mana. Saya sendiri terbaca mengenai artikel-artikel provokasi (dengan niat atau tidak) dari beberapa pihak yang bercakap bagi pihak kaum Cina (baca: DAP). Dari komen-komen tersebut, saya membuat konklusi bahawa mereka yang terdorong untuk bercakap bagi pihak kaum Cina ini terdiri dari dua kumpulan masyarakat:

1. Kaum Cina sendiri,
2. Kaum Melayu dari golongan pertengahan-atas seperti doktor, pensyarah, professor atau peguam.

Saya tidak mempertikaikan tindakan kumpulan pertama untuk membela bangsa mereka walaupun dalam usaha mereka itu, mereka mengenepikan terus tolak ansur, tanggungjawab dan sensitiviti orang lain. Pendek kata, mereka berhak membela bangsa mereka dengan apa cara sekalipun walaupun salah dari segi moral, etika dan kemanusiaan. Walaupun kita tidak suka, dan nilai-nilai kemanusiaan tidak dapat menerimanya, hanya undang-undang yang boleh menghalang mereka dari melampaui batas dalam kesungguhan mereka membela bangsa mereka.

Antara contoh terbaru yang sangat menyakitkan hati saya sebagai umat Islam adalah keceluparan Look Siew Fook, Ahli Parlimen Rasah yang memaki Ustaz Ridhuan Tee Abdullah kerana mempertikaikan isu 'anak luar nikah' Teoh Beng Hock. Berikut adalah contoh sebahagian dari kenyataannya:-
Who is this bastard of a Mohd. Ridhuan"
(siapa anak haram Mohd. Ridhuan ini);

"What sort of fucking Dr. r u"
(Dr pu... apa awak ni);

"Has everything be reduced to your fucking religion (iaitu Islam)"
(Apakah semua mesti menurut agama (iaitu Islam) pu... awak itu);

"R your parents still alive mohd ? If they r not, their bones must be rattling in their graves,if they r they must be hiding in shame to know that a son they brought into the world is now considered a bastard by every non muslim n also by real muslims"
(Apakah ibubapa kamu masih hidup Muhammad? Kalau sudah mati, sudah tentu tulang mereka berantakan didalam kubor, kalau masih hidup, tentu mereka bersembunyi dengan penuh malu yang anak lelaki yang mereka lahirkan dianggap anak haram oleh setiap bukan Islam dan Muslim);
Begitu mudahnya orang lain menghina Umat dan agama Islam itu sendiri. Saya juga terkejut apabila membaca mengenai kenyataan Tuan Guru Nik Aziz yang kita sedia maklum amat lantang mengutuk
UMNO sebagai komunis, ayah pin dan tak Islamic. Berikut adalah kenyataan beliau mengenai penghinaan Look Siew Fook terhadap Ustaz Ridhuan Lee dan agama Islam:-

"DAP boleh hina Islam kerana mereka kurang faham tentang Islam, yang lebih buruk, ada pemimpin Islam yang tolak Islam”. Kata Nik Aziz. MasyaAllah....

Kesimpulannya, itulah sikap Ulama PAS yang memperjuangkan Islam tetapi membiarkan bangsa lain menghina Islam itu sendiri. Sama-samalah kita renungkan bersama~

Tuesday, August 11, 2009

Download Drama Nur Kasih




Assalamualaikum Semua...

Saya tau sudah banyak yang “dirasuk” dengan amukan drama Nur Kasih ini. Telah banyak komen-komen yang saya terima berkenaan drama ini. Tidak kurang ada jua yang rekues supaya diletakkan video atau sebagainya di sini.

Terima kasih untuk respon dan komen kamu. Saya mengalu-alukan kamu untuk berkongsi link untuk muat turun bagi episod yang lepas juga. Niat saya untuk berkongsi mesej di dalam drama ini kerana drama ini punya makna halus untuk kamu hayati dan amati.

Nur Kasih Episod 1 (FULL)

Nur Kasih Episod 2 (FULL)

Nur Kasih Episod 3 (FULL)

Nur Kasih Episod 4 (FULL)

Nur Kasih Episod 5 (FULL)

Nur Kasih Episod 6 (FULL)

Nur Kasih Episod 7 (FULL)

Nur Kasih Episod 8 (FULL)

Nur Kasih Episod 9 (FULL)

Nur Kasih Episod 10 (FULL)

Nur Kasih Episod 11 (FULL)

Nur Kasih Episod 12 (FULL)

Nur Kasih Episod 13 (FULL)

Continue :-

Nur Kasih Episod 14 (FULL)

Nur Kasih Episod 15 (FULL) (Another sources)

Nur Kasih Episod 16 (FULL)

Nur Kasih Episod 17 (FULL)

Nur Kasih Episod 18 (FULL)


Nur Kasih Episod 19 (FULL)

Nur Kasih Episod 20 (FULL)

Nur Kasih Episod 21 : Coming Soon!

WEB : FACEBOOK for NUR KASIH

Sekian, Terima Kasih. Selamat menonton!